Memang saya masih ada sebuah blog yang masih aktif menulis politik nasional tetapi jarang-jarang menimbulkan isu mengenai Jerantut. (Saya terpaksa rahsiakan blog berkenaan atas alasan tertentu.)
Keinginan untuk aktif menulis blog di Jerantut adalah kerana merasa bertanggungjawab dalam penglibatan dalam media sosial yang seharusnya dilakukan lebih telus dan jujur melaporkan sebarang maklumat. Kita tidak menyalahkan satu-satu pihak kerana mereka pasti punya agenda tersendiri dalam membuat laporan. Pandangan saya agak mudah, apabila ada 2 pihak yang bertentangan maka seharusnyalah muncul pihak ke-3 bagi me'nuteral'kan keadaan, dan itulah yang ingin saya lakukan.
Saya selalu memantau perkembangan blog-blog di Jerantut selama ini dan sangat menyedari bahawa ada semacam konflik diantara beberapa pihak yang saya 'kurang' pasti. Namum membaca blog-blog berkenaan memberikan peluang pada saya untuk watak dan plotnya. Memang bukan mudah namun tidak terlalu payah untuk akhirnya memahami segala yang berlaku dan segala yang sedang direncanakan.
Saya tidak menjanjikan sesuatu yang besar dan luar biasa kerana saya juga terikat dengan tugas dan tanggungjawab saya serta kerap berada jauh, namun blog ini akan ujud sebagai sebahagian dari yang akan berada diantara kedua-duanya, bagi mencari nilai murni dan kesucian dalam bermedia sosial....seperti air yang jernih.
“I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.” - Voltaire
4 comments:
Salam Bro,
Tahniah dan selamat berblog!
Sirih pulang keganggang?
Tahniah! Cptnya popular? Mmg ada aura.
Salam semua. Ini hanya baru mukadimah. Saya belum menulis lagi, masih belum dapat 'fell' nak menulis tentang Jerantut kerana selalu berada diluar. Insyallah, nanti saya cuba lakukan sesuatu yang baik untuk semua.
Post a Comment