Bagai air yang jernih

Bagai air yang jernih,
mengalir perlahan dari hulu ke muara
beginilah waktu mencatat
riwayat hidup anak pedalaman
meneroka rona-rona kehidupannya

AZAM

AZAM

Wednesday, July 14, 2010

bukan aku menentu takdir



aku berangkat tatkala kamu siap melebarkan sayap
walau masih belum teguh berdiri namun pasti
angin kencang sudah berani kau rempuh
atau setidak-tidaknya kamu sudah mampu
mengembang sayap dan melayang di atas awan,
ribut itu jangan kau tentang
tapi belayarlah mengikut angin
sebagaimana kita berdayung menghilir
mengikut arus air yang mengalir.
sampai waktu aku pergi tidak kembali
jangan kau tunggu kerana bukan ada janji
bukan aku melepas beban yang dipikul
mungkin sudah tersurat dan tercatat
dalam apa pun aku tetap gagal
tidak juga mampu menjadi penjaga
siangmu dan malammu.
anggaplah aku berdusta dalam melafazkan kata
memungkiri segala janji
jika kelak kita bertemu kembali
lidahku pun harus kau potong
demikian itu aku lebih rela
dari kau menganggapku pendusta
tetapi, bukan aku menentu takdirku
maaflah!
bila senyummu pun sudah enggan aku terima
walau hatiku ingin mendakapmu erat-erat


14 Julai,2010








1 comment:

Azam Abd Rahman said...

Salam,
Terima kasih Sekalung Bicara Setitis Tinta kerana memberilan ulasan / komen namun tidak dapat saya siarkan kerana kelihatan terlalu peribadi dan menyentuh.