Bagai air yang jernih

Bagai air yang jernih,
mengalir perlahan dari hulu ke muara
beginilah waktu mencatat
riwayat hidup anak pedalaman
meneroka rona-rona kehidupannya

AZAM

AZAM

Wednesday, July 21, 2010

PEMIMPIN YANG PEKAK DAN BUTA MATAHATINYA

Beberapa ketua kampong dan ketua UMNO cawangan ditawarkan ke Mekah oleh seorang wakil rakyat sebagai membalas budi dan mengambil hati mereka. Beruntunglah mereka yang menjadi kroni kepada pemimpin dan menjadi perwakilan kerana sering diberikan perhatian selain diberikan sogokan.


Inilah gaya perjuangan pemimpin-pemimpin era ini. Berjuang demi agama bangsa dan negara hanyalah rhetorik semata-mata. UMNO sebenarnya sudah kehiangan roh dan semangatnya. Menyertai UMNO hanya semata-mata kerana ingin mendapat sesuatu imbuhan. Kepentingan peribadi diutamakan melebihi kepentingan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat jelata. Disemua peringkat UMNO seumpama seorang pelacur tua yang sanggup menonggeng dilorong-lorong belakang. UMNO kehilangan maruah dari atas hingga kebawah.


Kerana kepentingan dirilah UMNO dicawangan semakin mengecil dan tidak menerima keahlian baru. Ketua-ketua cawangan tidak jujur dalam mengambil ahli baru kerana bimbangkan jawatannya akan terlepas ketangan orang lain maka akan hilanglah peluang mereka merebut segala peluang yang ada didepan mata,


Jangan hairan jika ada ketua kampong atau ketua cawangan yang menerima beberapa lot atau saham felcra untuk diri mereka suami isteri serta kaum keluarga dan meninggalkan mereka yang sepatutnya mendapat agihan itu. Kisah yang saya paparkan ini mungkin sudah ramai orang tau, tetapi tidak mustahil juga MB dan PM tidak dimaklumkan perihak sebenarnya kerana mereka yang dekat dengan pemimpin lebih suka menyanyi lagu-lagu yang disukai pemimpin itu saja. Dalam kata lain, pemimpin tidak mendapat maklumat sebenar yang sering disembunyikan.


Kita salahkan juga kepada pemimpin itu yang terlalu mempercayai satu sumber dan tidak ingin menyiasat lebih lanjut. PM dan MB terlena dibuai mimpin dan nyanyian yang mengatakan bahawa rakyat sudah menyenangi mereka sedangkan pegawai berkenaan hanya ingin memudahkan kerja mereka sendiri dengan mencipta sedikit mimoin buat pemimpin atasan itu. Pada PRU13 nanti kita akan mendengar lagu; si luncai terjun dengan labu-labunya...


Saya warganegara kelas 3 yang tidak berhak memenerima apa-apa. Saya tidak berhak menerima felcra dan tidak juga berhak menerima tanah untuk diusahakan. Untungnya menjadi bangsa Melayu di negara kita ini. Tetapi saya masih ada satu undi untuk diri sendiri dan beberapa undi dari anak-anak dan isteri serta kaum kerabat terdekat. Mungkin undi itu juga tidak bererti untuk saya dan bukan juga untuk pemimpin kita. Mungkin ada pihak lain yang akan menghargainya.


Saya hanya sebilangan kecil dari sejumlah besar yang tidak mampu atau tidak berani bersuara selama ini.

2 comments:

WZWH said...

Salam bro Azam,
Jangan cakap macam tu warganegara kelas ke 3...sedih mendengarnya. WZWH masih ada. See me...we talk ok. WZWH boleh selesaikan masalah bro Azam. We solve this problem the Tembeling way. Trust me..I'm listening!

Azam Abd Rahman said...

Salam dan terima kasih WZWH. Saya tidak tahu beliau bercakap atas dasar apa atau bagi pihak siapa. Seharusnya beliau menyatakan itu supaya akan menyakinkan saya. Semua orang akan boleh berkata jumpa saya dan bincang..tetapi sya bukan hanya mahu orang mendengar masalah saya, saya mahu orang menyelesaikan masalah saya dengan menjanjikan sesuatu yang nyata. Saya boleh percaya jika YB ADUN Tahan sendiri menyatakan ini atau WZWH boleh berkata bahawa dia berrcakap bagi pihak YB ADUN Tahan. Saya melihat kehidupan ini secara lebih realistik bukan dalam mimpi. Kalau sebilangan Ketua Kampong dan Ketua UMNO Cawangan boleh dibawa mengerjakan Haji dan Umrah ke Mekah, sudah tentu saya juga percaya jika YB yang sama boleh menjanjikan saya sesuatu yang saya mampu melihatnya. Sehingga itu, saya masih lagi menganggap saya warganegara kelas 3 yang akan menentukan kerajaan pilihan saya dalam PRU13 nanti.