Bagai air yang jernih

Bagai air yang jernih,
mengalir perlahan dari hulu ke muara
beginilah waktu mencatat
riwayat hidup anak pedalaman
meneroka rona-rona kehidupannya

AZAM

AZAM

Saturday, July 10, 2010

CERITA TENTANG POLITIK - JANGAN TERLALU SERIUS

Terima kasih tuan Admin. blog SPU kerana menerima permohonan saya memasukkan blog saya didalam link blog list SPU.

Beberapa malam lalu saya berpeluang 'mengeteh' bersama kawan-kawan. Ini perkara yang sangat jarang dapat saya lakukan masa kini kerana bertugas diluar kawasan. Antara yang turut bersama adalah beberapa orang yang terlibat aktif dengan politik Jerantut dalam Pemuda dan juga Bahagian.

Saya banyak mencungkil mengenai perkembangan politik semasa Jerantut dan sudah tentu dalam masa yang panjang itu banyak juga yang saya dapati. Bagaimanapun sebagai seorang yang rasional sudah tentu saya tidak menerima maklumat itu bulat-bulat. Maklumlah, ini cakap-cakap politik. Banyak dipenuhi khiasan dan sindiran. Banyak juga dengan pelbagai provokasi. Bagaimanapun sebagai cerita ianya sangat menarik untuk didengari.

Kebetulan pertemuan kami malam itu masih hangat dengan cerita-cerita sepanjang Mesyuarat Perwakilan Bahagian, maka banyaklah kisah yang dapat saya dengari. Antara yang terhangat adalah mengenai bekas Ketua Bahagian 'menghentam' Timb. Ketua Bahagian dalam ucapan penangguhan.

Dimaklumkan ucapan itu tidak secara khusus kepada Timb. Katua Bahagian dengan menyebut nama beliau walaupun hakikatnya hadirin amat memahami kepada siapa ucapan itu dituju. Dalam keadaan demikian adalah lebih bijak jika Timb. Ketua Bahaghian mendiamkan diri dan tidak menangkis tohmahan tersebut, namun apa yang dilakukan membalas tohmahan dan sindirian tersebut yang secara langsung boleh disifatkan sebagai mengakui segala tuduhan terhadapnya. Mungkin kerana saat itu beliau berada didalam keadaan yang sangat tertekan dan telah mengambil tindakan diluar sedar, atau memang dia seorang ahli politik yang sangat berani.

Sambil kami minum dan mendengar cerita-cerita politik itu, saya menghimbas kembali kisah pemandu teksi. Ceritanya begini;

Pada satu ketika pemandu teksi berkenaan membawa beberapa penumpangnya untuk satu perjalanan, Tiba-tiba dalam perjalanan itu salah seorang dari penumpangnya telah melepaskan 'kentut rahsia' - tidak berbunyi tetapi berbau. Susah hendak meneka angkara siapakah bau itu kerana masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza dan seakan menafikan ianya datang dari mereka.

Penumpang 1 yang duduk disebelahnya memejamkan mata seakan tertidur dan tidak menyedari apa yang berlaku. Penumpang 2 menekup hidung dengan matanya liar memerhatikan sekitar seolah-olah mencari angkara siapakah itu manakala penumpang 3 pula memandang sinis kepada penumpang 2 dan sekali sekala menjeling juga pemandu teksi berkenaan.

Tiba didestinasi semua penumpang itu membayar tambang mereka masing-masing dan pemandu teksi yang bijak itu ingin memastikan siapakah yang melepaskan 'kentut rahsia' itu telah dengan tegas berkata; 'Yang terkentut tadi dah bayar tambang ke belum?'. Tiba-tiba penumpang 1 menyahut; 'Eh! Kan tadi saya mula-mula bayar?'

Kami ramai-ramai ketawa. Suara nakal yang menanya; 'Jadi, siapa yang terkentut dalam Mesyuarat Perwakilan dulu tu?'


4 comments:

SEKALUNG BICARA said...

salam.

tumpang singgah kejap bos... wah kreatif betul la... insyaallah akan saya singgah selalu

Azam Abd Rahman said...

Salam SBST,
Hahaha, awk dh jumpa sarang baru saya? Inilah tempat dimasa saya akan selalu ada nanti, harap2 begitulah. Dtg lah selalu dan jgn lupa sarang lama saya tu.

Anonymous said...

tuan, habis tu siapa sebenarnya yang terkentut dalam mesyuarat bahagian tu?

Azam Abd Rahman said...

hahaha, saya tak tau nak jawab, kalaupun saya tau jawapannya saya tidak akan beritau kerana bila orang kentut rahsia bermakna dia ingin rahsiakannya, jadi biarlah itu jadi rahsia.