Bagai air yang jernih

Bagai air yang jernih,
mengalir perlahan dari hulu ke muara
beginilah waktu mencatat
riwayat hidup anak pedalaman
meneroka rona-rona kehidupannya

AZAM

AZAM

Saturday, July 10, 2010

VERSI BARU ALI BABA DENGAN 40 PENYAMUN

Kahkahkah, entah berapa ramai lagi penyamun macam ni
yang ada di Pahang ni gamaknya?


Ramai yang pernah menonton dan masih belum lupa pada filem lakonan dan arahan seniman Agung P.Ramlee. Sama ada yang sudah berusia atau pun yang masih kanak-kanak, semuanya meminati beliau. Antara filem P.Ramli yang kelakar tetapi penuh dengan sindiran dan kiasan adalah filem Ali Baba Dengan 40 Penyamun.


Cerita itu mengisahkan ketua penyamun bersama dengan anak-buahnya yang kesemuanya 40 orang tinggal di sebuah gua dengan pekerjaan tetapnya adalah menyamun. Segala harta-benda hasil usaha curi dan samunnya disimpan didalam gua itu. Sekali-sekala mereka bersama-sama meninggalkan gua tersebut untuk mencari hiburan. Password khusus digunakan untuk membuka dan menutup gua tersebut. Tetapi sudah tentulah bukan 'Mokhtar' yang digunakan oleh seseorang yang suka masuk melalui pintu belakang.


Yang menariknya adalah harta penyamun tersebut nyaris disamun pula oleh Kasim Baba yang kaya tetapi tamak haloba. Kasim Baba adalah abang kepada Ali Baba yang miskin yang secara kebetulan telah pergi ke hutan berhampiran gua berkenaan untuk mencari kayu seterusnya mengetahui password bagi membuka dan menutup gua tersebut.


Ali Baba hanya mengambil sebahagian kecil harta berkenaan untuk keperluan sekeluarga namun diketahui oleh Kasim Baba. Kasim Baba secara pujuk rayu telah mendapatkan pasword berkenaan dan telah hampir berjaya mengambil segala harta tersebut. Namun sebelum sempat beliau membawa lari harta itu, beliau telah ditangkap oleh penyamun-penyamun itu dan membunuhnya.


Bagaimana pun baru-baru ini ada satu versi baru cerita Ali Baba dengan 40 penyamun itu. Sebagai versi baru tentulah ada dilakukan pengubah-suaian disana sini bagi menarik minat para penonton.


Tajuk versi baru cerita berkenaan juga telah diubah dari 'Ali Baba Dengan 40 Penyamun' kepada 'Ali Baba Dengan 4 Orang Perompak'. Dalam versi ini Ali Baba adalah juga penyamun manakala 4 Perompak berkenaan adalah penyamun yang ingin merompak harta milik Ali Baba si penyamun itu. Bermakna penyamun cuba menyamun harta penyamun. Bagaimanapun ke-empat-empat perompak tersebut telah berjaya ditembak mati oleh pihak polis.


Kita tertanya-tanya, kenapa versi baru ini tidak mengikut versi asal iaitu menyimpan harta didalam gua di hutan. Atau pun simpanlah dibank tempat yang sudah pasti selamat. Mungkin juga harta berkenaan adalah didapati dari usaha 'tarik duit' yang perlu dibersihkan terlebih dahulu bimbang ianya akan hilang sendiri kerana masih belum matang.


Apapun, tuan direktornya Adnan Garfu (bukan Ahmad Nisfu dan bukan juga nama sebenarnya) tentu lebih arif dan mengetahui tentang plot dan jalan cerita versi tersebut.


Tiba-tiba saya terbaca di blog mengenai seorang exco kerajaan negeri pahang hampir dirompak RM300,000.00 wang tunai yang disimpan dirumahnya.


4 comments:

Anonymous said...

Salam tuan,
Dimana-mana pun ada, di Jerantut juga ada, hehehe!

Anonymous said...

Hahahaha, cantik bro...

Anonymous said...

weii..
bukan je kat jerantut, temerloh pun mende kurangnya.
koi tengok temerloh sangatla maju sbb ketua bahagian pakai kete besor besor. KJ pun suka dtg sini. awok kat kuantan ngan jerantut sikit je. sini ketua bahagian (termasuk sampai lancang) boleh main tukor kete mak bapak dia macam tukor baju.
weeii.. cika perut koi dengarnya.
majula UMNO utk neng gara (negara).

Anonymous said...

Di Jerantut cuti tanah takyat pulok yek..Tak apalah dema ada duit nak sogok org pejabat tanoh ye dok?